Tuesday 30 October 2012

Salam Perkenalan

Selamat datang dan berkunjung ke blog Dunia Muzik khas untuk Sekolah rendah ini.  Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah untuk memenuhi syarat-syarat tugasan saya dalam bidang pendidikan muzik. Sebagai guru muzik (opsyen), saya sememangnya ingin berkongsi input yang pelbagai dan mampu dikongsi bersama untuk mewujudkan senario Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkualiti.

Walaupun begitu saya amat-amat mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan yang pakar dalam bidang ini memberi respon supaya saya dapat membaikpulih segala maklumat dan kelemahan blog ini. Untuk pengetahuan segala maklumat, sumber, dan dapatan didalam blog ini adalah diambil melalui pelbagai sumber seperti Internet, Buku, dari rakan, pengalaman sendiri dan tutor.

Segala maklumat yang ada di dalam ini bebas untuk dimuat turun untuk tujuan pendidikan dan pembelajaran. Segala tujuan lain ke arah negatif amatlah dikesali. Oleh yang demikian diharapkan blog ini dapat memberi faedah dan pengetahuan yang berguna kepada semua.

"Kunjungan anda sentiasa dialu-alukan dan segala respon yang membina sentiasa diperlukan. Kesempurnaan status pendidikan Muzik didalam tangan kita bersama"

Salam perkenalan! terima kasih.