PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, Blog Pengajaran dan pembelajaran Dunia muzik sekolah rendah saya ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan blog ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.
Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. V. Murali Tharan, selaku tutor saya untuk KRT 3013 (Teknologi Maklumat Sekolah Rendah), En. Abd Hadi Hj Ishak selaku penyelaras kursus pengsiswazahan guru ambilan 2012 (kirkby college cawangan sibu) kerana bimbingan dan teguran yang sangat berharga semasa membina blog ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru sebagai pelajar untuk pusat di Sibu Jaya yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menghasilkan blog saya ini.
Saya juga terhutang budi kepada para penulis blog lain, penulis buku yang berkaitan dengan muzik dan juga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak semasa saya menjalankan penyelidikan untuk membina blog ini.
Dengan setinggi-tinggi penghargaan dan dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya hulurkan kepada semua.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment