Muzik merupakan pekara yang seringkali dihubugkait dengan bunyi-bunyian. Kehidupan disekeliling kita sentiasa menghasilkan bunyi secara langsung ataupun tidak. Oleh itu suka saya nyatakan seperti yang sudah diterbitkan dalam wikipedia.
Muzik ialah
bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza:
- Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya
- Apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan
Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu
seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis
hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.
Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. Ian boleh dibunyikan dengan beberapa gabungan
alat muzik.
Dalam pendidikan, muzik memainkan peranan yang penting untuk memahami daya kemahiran, kreativiti dan nilai estitika murid dalam bidang muzik.
Home » Study »
Muzik Untuk Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Muzik merupakan satu elemen yang
boleh diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penyerapan
elemen muzik, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
menyeronokkan. Penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh
digunapakai untuk pelbagai subjek. Contohnya subjek Bahasa Melayu, Matematik,
Sains, Pendidikan Islam, dan sebagainya. Setiap unsur muzik yang diserapkan
perlu mempunyai hubungkait dengan subjek yang diajar.
Penerapan unsur muzik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran memang memberi kesan yang positif. Melalui kaedah
penerapan unsur muzik, murid akan lebih terdorong untuk mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan muzik yang bersesuaian dengan suasana dan
mood kelas amat penting bagi menghilangkan kebosanan dalam kalangan murid. Muzik
terdiri dari susunan irama dan melodi yang boleh mendamaikan jiwa dan sesetengah
muzik mampu menaikkan semangat pendengar. Muzik instrumental iaitu susunan
melodi tanpa vokal yang lebih bersifat sentimental mampu untuk memberikan
ketenangan kepada murid dan sesuai digunakan ketika sesi
membaca.
Selain itu, terdapat juga sesetengah
lagu yang mempunyai unsur-unsur pendidikan seperti lagu Anak Ayam dan Sepuluh
Budak Hitam yang berunsurkan Matematik dan lagu Bangau Oh Bangau yang
mengandungi unsur-unsur Sains. Selain itu, guru juga boleh menggubah lirik yang
berunsurkan subjek yang diajar dan dipadankan dengan melodi yang sesuai untuk
proses pengajaran dan pmbelajaran. Hal ini akan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran itu lebih menarik.
Penerapan unsur muzik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran merupakan satu langkah yang baik dan wajar dilakukan
oleh guru untuk mewujudkan satu kaedah mendidik yang lebih menyeronokkan.
Langkah ini dapat menarik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih baik.
No comments:
Post a Comment