Campbell 1995 mengatakan : "muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek
pendengaran atau aural". Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan
kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah ataupun Sekolah Rendah dalam bentuk elemen muzik.
Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik
i. Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda
kendiri).
iii. Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. (pembelajaran mengikut urutan).
iv. Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik).
v. Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membnuat latihan-latihan (kaedah pendekatan berkonsep).
vi. Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan.
Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik
i. Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau ‘sequential’.
ii.
Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan
menimbulkan kepekaan atau sensitivity terhadap aspekaspek muzik
iii. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal.
a. Imitasi (Mengajuk Balik)
b. Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)
c. Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton.
d. Creation (Mencipta)- penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa.
e. Literasi – menulis dan membaca nota muzik
iv. Suzuki-menamakan kaedahnya talent education’ atau pendekatan bakata. Imitasi (Mengajuk Balik)
b. Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)
c. Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton.
d. Creation (Mencipta)- penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa.
e. Literasi – menulis dan membaca nota muzik
v. Gordon mengutamakan prinsip ‘sound before symbol’ dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan.
Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan.
Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik.
i. Kemahiran Muzikal Nyanyian
ii. Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan
iii. Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada
aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik pengeluaran suara.
Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik.
Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.
KEPENTINGAN PERGERAKAN
Pergerakan
merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan
yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan
mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan
fizikal yang bersifat ‘nonverbal’ .Oleh itu respon kepada muzik
merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di
bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak
boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka
bergerak.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER
Kecerdasan Muzik
Kecerdasan
ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan
meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang
terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi
tanpa lisan, muzik serta irama yany terdapat dipersekitarannya.
Seseorang yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitive kepada
bunyi-bunyian atau suara yang wujud di dunia ini, baik yang berasal
daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala alamiah
seperti suara manusia, binatang mahupun guruh serta suara-suara yang
lainnya. Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik
serta dapat bermain alat muzik serta dapat menghafal lirik muzik dengan
baik. Selain itu seseorang yang cenderung dalam keceerdasan ini boleh
menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati
nada-nada bunyi atau muzik.
Mereka
juga dapat mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta
berbagai-bagai alat dan permaianan muzik. Mereka pintar melantunkan nada
lagu dengan baik, pandai mengguanakan kosa kata muzikal dan peka
terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi
muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi dengan darjat yang
berbeza-beza. Semua manusia di dunia ini mempunyai kecedasan untuk
menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap
yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah persembahan
muzik, bunyi vocal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.
Penyanyi, mengubah lagu, pemain muzik dan komposer lagu ialah kerjaya
yang sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini.
Kecerdasan Kinestetik
Orang
yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan
mengguanakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka
untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu,
mereka cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh badan.
Biasanya, mereka lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan
dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.
Di
samping itu, individu juga cekap memanipulasikan objek fizikal dan
dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dan mental. Mereka berupaya
menggunakan kemahiran fizikal untuk meluah idea, perasaan dan
menyelesaikan masalah atau mencipta suatu produk baru. Mereka memiliki
keupayaan kawalan pada gerakan, keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan
ketika bergerak. Orang yang cerdas dalam bidang kenestetik
mengeksplorasi dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktiviti yang
berkaitan dengan kecerdasan ini ialah tarian kreatif, drama, main
peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, permainan sukan dan seni
pertahanan diri. Artis, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon,
tentera, polis dan olahragawan adalah beberapa kerjaya yang biasanya
dimiliki oleh orang dengan tingkat kecerdasan kinestetik yang tinggi.
Kecerdasan Logik-Matematik
Kecerdasan
logik-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal
pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan yang dominan
di bahagian kiri otak membolehkan seseorang menaakul secara deduktif
dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Kecerdasan
ini menggabungkan kemampuan matematik dan ilmiah yang dimiliki oleh
seseorang. Oleh itu pelajar cenderung dalam kecerdasan ini dikatakan
berupaya menyelesaikan masalah yang komplek berkaitan Matematik dengan
mudah sahaja dan boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis,
mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.
Seseorang
yang mempunyai kecerdasan logic-matematik yang tinggi memperlihatkan
minat yang besar terhadap kegiatan berbentuk eksplorasi. Mereka sering
bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku
disekeliling mereka, Lazimnya, mereka suka menuntut penjelasan logik
dari setiap pertayaan. Selain itu, mereka juga suka mengklasifikasikan
benda untuk mudah mengira. Contoh-contoh aktiviti jenis kecerdasan ini
adalah menggunakan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak,
perkaitan, sebab dan akibat (logic), penyelesaian masalah, pengurusan
grafik dan pengiraan. Orang yang mempunyai kecerdasan ini biasanya
Berjaya dalam kerjaya yang berkaitan dengan Matematik dan Sains.
Konsep
muzik, kinestetik, dan kecerdasan logik-matematik menunjukkan kemampuan
kita untuk menghasilkan dan menghargai irama, pin dan temborin
sementara menghargai berbagai bentuk ekspresi muzik dan kemampuan kita
untuk menggunakan badan dan objek dengan cekap. Manurut Gardner,
kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk
melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah
tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Menurut
Gardner, cabaran pendidik adalah untuk mengenali kecerdasan yang
berasingan dan memeliharanya sebagai kecerdasan universal untuk memenuhi
fungsi penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak, social dan
perkembangan fizikal
Ciri-ciri sesebuah lagu kanak-kanak
- Senikata lagu haruslah mudah difahami dan banyak pengulangan
- Setiap rangkai lagu haruslah mengandungi bilangan suku kata yang seimbang.
- Hujung rangkai mengandungi rima.
- Mestilah mempunyai pengulangan pada melodi lagu.
- Pengulangan corak irama dalam lirik lagu.
- Senikata haruslah sesuai untuk dilakukan gerakan.
- Rentak dan irama muzik iringan tidaklah terlalu berat.
- Tema lagu mestilah berkaitan pengalaman dan persekitaran harian kanak-kanak.
Muzik Dalam Bilik Darjah
Aktiviti Apresiasi Muzik (Muzik masyarakat Malaysia) :i. Mendengar muzik Malaysia dan mengenal pastikan konsep muzik seperti warna ton, tekstur, irama dan dinamikii. Menonton video persembahan muzik Malaysia dan menghuraikan ciri-ciri teknik persembahan.iii. Menginterpretasikan muzik Malaysia yang didengari dengan gerakan yang sesuai untuk menyampaikan konsep muzik berkenaaniv. Menginterpretasikan muzik Malaysia yang didengari dalam bentuk grafikv. Melukis dan melakar secara ikonik terhadap muzik Malaysia yang diperdengarkanAktiviti Apresiasi Muzik ( instrumental )i. Mendengar muzik instrumental dan mengenal pastikan konsep muzik seperti warna ton, tekstur, irama dan dinamikii. Menonton video persembahan muzik instrumental dan mengklasifikasikan warna ton alat-alat muzikiii. Menginterpretasikan muzik instrumental yang didengari dengan gerakan yang sesuai untuk menyampaikan konsep muzik berkenaaniv. Menginterpretasikan muzik instrumental yang didengari dalam bentuk grafikv. Melukis dan melakar secara ikonik terhadap muzik instrumental yang diperdengarkanMuzik Dalam Bilik Darjah merangkumi:1. Pergerakan lokomotor & bukan lokomotor2. Pergerakan Kreatif3. Teknik pernafasan (latih vokal kanak-kanak)4. Renj suara, register suara & koir5. Nyanyian Berharmoni (dron, bordun & ostinato)6. Fungsi & konsep muzik dalam lagu7. Teknik nyanyian (kanak-kanak)8. Aktiviti Muzikal (penghargaan Kanak-kanak)9. Apresiasi Seni Muzik (umum)10.Masalah nyanyian kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment