:PENGENALAN
Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran
pelbagai etnisiti di negara ini.Istimewanya, pelbagai etnik termasuk kaum
majoriti Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak
bergabung menghasilkan alunan muzik nusantara yang unik yang tidak terdapat di
negara lain. Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai
lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan
mengiringi upacara-upacara adat tertentu. Pelbagai muzik tradisional yang terdapat di Semenanjung
Malaysia bahkan Sabah dan Sarawak. Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung
menjadi suatu melodi yang istimewa. Muzik tradisional Malaysia mempunyai latar
belakang yang menarik, peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai
dengan panorama tertentu. Muzik
tradisional Malaysia tidak akan lapuk dek zaman kerana masih lagi ada
penggemar-penggemar muzik tradisional yang memperjuangkan irama
ini. Disini, kami kupaskan beberapa muzik dan juga alat
muzik terkenal di Malaysia.
. . . .
.:GHAZAL
PENGENALAN
Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat
Melayu Negeri Johor yang popular. Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal
ini disebut sebagai Qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan
berasal dari Tanah Arab. Pada akhir abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan
yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa orang dari golongan bangsawan
Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan
ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan
memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor. Di istana, kesenian muzik
ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri
dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat
rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Sehingga kini, muzik ghazal sering
dimainkan di pelbagai acara atau keramaian yang diadakan di negeri Johor Darul
Ta’zim.
Muzik tradisional ini sering dimainkan di majlis-majlis
perkahwinan golongan bangsawan (pada masa dahulu), acara-acara keramaian yang
dihadiri oleh Sultan Johor atau kerabat Diraja Johor, dan juga majlis-majlis
rasmi yang diadakan di negeri Johor. Antara penyanyi-penyanyi terkenal yang
telah mempopularkan irama ghazal Johor adalah Fadzil Ahmad, Datuk Sharifah Aini,
Ramlah Ram, Rosiah Chik, Allahyarhamah Datin Rafeah Buang, Datin Orchid Abdullah
dan ramai lagi.
. . .
.
TOKOH-TOKOH GHAZAL
1. Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin
Perang.
- Beliau memperkenalkan dan memainkan seni muzik ghazal
kepada penduduk semasa pembukaan daerah-daerah baru.
2. Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku
Chik).
3. Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid.
4. Ungku Sulaimen Bin Daud.
5. Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid.
6. Encik Dapat.
7. Haji Musa Bin Yusof (Pak Lomak).
- Cucu kepada Datuk Bentara Luar dan digelar sebagai
Bapa Ghazal Johor.
PERALATAN GHAZAL
- Peti Harmonium - alat muzik tradisional yang berasal dari India ini penting bagi Ghazal Melayu Johor.
- Violin - alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi biasanya disebut oleh orang-orang Melayu dengan sebutan biola sahaja. Alat jenis bertali ini adalah salah satu alat muzik dalam permainan Ghazal Melayu Johor.
- Gambus - alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan alat muzik bertali yang perlu ada dalam Ghazal Johor.
- Satu Set Alat Tabla atau Do(Gendang) - juga merupakan alat muzik yang berasal dari India . Yang kecil dinamakan Din dan yang besar dinamakan Bam.
- Tamborin - alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong diperlukan sebagai alat tempo dan rentak.
- Marakas - sejenis alat perkusi yang diperlukan sebagai alat rentak dan tempo.
DISEDIAKAN OLEH : MOHAMAD AZIM MOHD NOOR
207176
.:NOBAT
Nobat
merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang masih kekal sehingga kini. Di
Tanah Melayu, Nobat adalah muzik yang berfungsi di istana sebagai seni
persembahan istana Diraja Melayu. Antara negeri-negeri Melayu yang masih
mengekalkan muzik Nobat adalah negeri Perak, Kedah dan
Terengganu.
Muzik Nobat
adalah sejenis pancaragam Diraja yang hanya dimainkan di istana dan pemain
muziknya pula terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja. Kebiasaannya, pemain
Nobat akan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
Sejak dahulu
lagi, Nobat hanya dikenali oleh penduduk sekitar yang tinggal berhampiran dengan
kawasan Nobat dimainkan. Manakala masyarakat luar tidak banyak mengetahui
mengenai muzik Nobat ini.
Nobat
mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri. Antaranya ialah Nobat hanya
dimainkan ketika majlis-majllis tertentu di istana seperti adat istiadat
pertabalan, menyambut kelahiran baru di istana dan lain-lain lagi. Disamping itu
juga, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti ketika muzik Nobat
hendak dimainkan.
.
.
.
.
![]() |
Alat-alat muzik Nobat |
Oleh : MOHD SHAHRIN BIN ROSLI 206828
.:SERULING CINA
PENGENALAN
Seruling merupakan sejenis alat muzik yang
paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai "Zhudi", disebabkan ia
diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang
pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh
akan menghasilkan bunyi-bunyian. Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina
dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum
merdeka.
.
.
.
.
.
.
SEJARAH
Seruling diperkenalkan sejak 7 ribu tahun iaitu
bersamaan dengan kira-kira 4500 tahun Cina yang lalu. Pada zaman purba ia
diperbuat daripada menggunakan tulang dan selepas itu ia diubahsuaikan kepada
buluh sehingga ke hari ini.
Pada zaman Maharaja Hanwu hujung abad pertama
sebelum Masihi, seruling ini dinamakan sebagai "Hengchui", dan mendapat
kedudukan yang amat penting dalam alat-alat muzik tiupan.
- Abad ke-7 ~ Teknik permainannya mula berkembang maju dan boleh meniup muzik yang berkualiti tinggi.
- Abad ke-10 ~ Seruling menjadi instrument penting dalam okestra opera di kalangan rakyat dan opera etnik minoriti.
Seruling kaya dengan corak permainannya. Selain
itu, ia dapat memainkan irama yang panjang, tinggi dan lapang serta memainkan
muzik tarian yang riang gembira dan irama yang merdu. Bunyi yang dihasilkan juga
dapat meniru suara burung.
PERBEZAAN
Jenis permainan seruling dibahagikan kepada 2, iaitu
di selatan dan utara negara China
Langgam permainan seruling di selatan negara Cina adalah lebin terang dan indah. Seruling utama yang biasa dimaninkan adalah "Qudi". Badan serulingnya agak panjang dan kasar dan bunyi yang dihasilkan adalah lebih tebal dan lembut.Terutama yang dipopularkan di kawasan selatan Sungai Yangtze.
- Langgam pemainan seruling di utara negara Cina adalah lebih tegap. Seruling utama yang digunakan adalah "Bangdi". Badan seruling agak pendek dan halus dan akan menghasilkan bunyi yang lantang dan jelas.
. . . .
![]() |
Jenis Seruling |
DISEDIAKAN OLEH: CHOO ZOOI HOW
207203
Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang
sangat terkenal dalam masyarakat kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari
gendang Mridangam.Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil)
dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing.Badannya dibuat
daripada kayu jati, rosewood dan jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan
tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.
.
.
.
Tabla ialah sejenis alat perkuasi dalam ensembel muzik
tradisional india yang dimainkan secara solo atau mengiringi upacara keagamaan,
persembahan,barathanatyan, perkahwinan dan sebagainya.
Cara bermain adalah dimainkan dengan diletakkan berdiri
di atas lantai di hadapan pemain. Alat ini dipalu dengan jari-jari dan tapak
tangan. Bermain Tabla secara konsisten dapat membantu melapangkan minda, memberi
ketenangan pada jiwa serta menguatkan otot tangan.
Selain itu,badan juga akan berasa cergas setelah
selesai latihan bermain Tabla.
Oleh : SAW GEE WEN 207211
.:DONDANG SAYANG
Dondang Sayang merupakan sejenis nyanyian atau balada
cinta yang sering digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk menyampaikan
perasaan kasih mereka. Dondang Sayang dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun
yang di sampaikan secara spontan oleh penyanyinya.
Mengikut sejarah, Dondang Sayang muncul pada kurun ke15
Masihi semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu semasa zaman pemerintahan
Sultan Mansur Shah, nyanyian ini digunakan untuk menghiburkan para pedagang yang
singgah di Melaka.
Kualiti nyanyian bagi seni ini bergantung kepada
kecekapan penyanyinya berjual beli pantun. Ketua kumpulan ahli muzik bagi
Dondang Sayang ini biasanya disandang oleh pemain biola yang betugas untuk
membekalkan melodi kaunter dalam persembahan mereka.
Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi
nyanyian Dondang Sayang terdiri daripada sebuah biola, sebuah gong dan 3 buah
rebana yang mana terbahagi kepada dua, iaitu rebana kompang atau rebana keras.
Pada masa dahulu, persembahan Dondang Sayang merupakan
pilihan utama masyarakat untuk menceriakan lagi majlis-majlis perkahwinan yang
di adakan. Tetapi, pada zaman yang serba moden ini nyanyian Dondang Sayang
semakin pupus terutamanya dalam kalangan masyarakat muda.
Oleh itu, pelbagai pihak harus bekerjasama dalam
mengambil langkah efektif untuk memastikan seni nyanyian Dondang Sayang tidak
tenggelam ditelan zaman.
oleh: ARZYANIE CHEE
204442
.:GAMELAN
ASAL-USUL
Perkataan
gamelan berasal daripada bahasa jawa “gamel” yang bererti memukul atau menabuh
,diikuti akhiran ‘an’ yang menjadikannya sebagai kata benda.Sedangkan gamelan
mempunyai erti sebagai satu kesatuan alat muzik yang dimainkan bersama.Gamelan
muncul pada saat budaya luar dari Hindu-Buddha.
Gamelan
Pahang diperkenalkan ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah yang
digiatkan oleh Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah.Pada tahun 1915,Tengku Ampuan
Mariam,anakanda kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah mempunyai set gamelan dibawah
jagaannya di Pahang dan dibawa ke istana Maziah Terengganu bagi melatih rakyat
Terengganu untuk bermain dan menari gamelan. Berbagai lagu dan tarian dicipta
seperti Lambang Sari, Geliung, Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru, Lancang
Kuning dan sebagainya.
JENIS-JENIS
GAMELAN
1)Gamelan
Jawa
2)Gamelan
Bali
3)Gamelan
Sunda
4)Gamelan
Banyuwangi
5)Gamelan
Kromong
ALAT-ALAT
GAMELAN DI MALAYSIA
1)BONANG
Bonang
merupakan alat terpenting dalam perhimpunan menvariasikan melodi pokok atau satu
melodi pendek yang juga berfungsi sebagai permulaan lagu khususnya untuk
penghias lagu.
2)GAMBANG
Gambang
biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja.Pemain tersebut memerlukan 2 bilah
pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau.
3)KENONG
Kenong adalah
sejenis alat idiofon yang ditemui di selatan Asia Timur. Peranannya adalah untuk
mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh
gong.
4)SARON
i)Saron
Demong
Saron demong
berperanan sebagai alat membawa melodi pokok dan melodi cincang sebagai
bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalam
keluarga saron.
ii)Saron
Penerus
Pada
fizikalnya, bilah-bilah bagi alat saron barung berukuran lebih kecil daripada
saron demo dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada saron
demong.
Iii)Saron
Pekin
Teknik perdan
yang diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf tertinggi
dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantang dan
nyaring.
5)GONG
Gong adalah
sejenis alat muzik idofon berasal dari asia timur selatan.Gong berperanan
sebagai tulang belakang dalam persembahan muzik gamelan.Gong terdiri daripada
pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan
bersama-sama mengikut rentak lagu.
6)GENDANG
Gendang adalah alat penting dalam
memimpin rentak yang rendah atau tinggi.Gong dianggap alat yang paling sukar
untuk dimainkan dan memerlukan kemahiran yang tinggi didalam permainan kerana
tidak mudah untuk diberi notasi.
No comments:
Post a Comment